Monday, February 7, 2011

Latar Belakang Butik Sireh Pinang

Syarikat Butik Sireh Pinang mula ditubuhkan pada 8 september 2003 di Subangg Parade
Butik Sireh Pinang ini menyediakan pakaian untuk lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun.
Antaranya baju kurung, baju kurung moden, baju kurung pesak gantung, baju kurung batik, kebaya, baju melayu dan baju pengantin.
Setiap satunya mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi pemilihan fabrik, corak dan hasil kerja tangan.
Nama butik ini bukan sahaja menggambarkan ciri-ciri klasik bahkan dari segi harga bermula dari RM 69 hingga RM 2000 untuk yang lebih ekslusif.
Selain itu, syarikat ini juga membuat semuanya sendiri bermula dari potong, menjahit dan sebagainya, cuma fabriknya sahaja di import.

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Bolehkah order online tanpa melalui orang tengah seperti shopee.

    ReplyDelete